Friday, 26 July 2013

PUDING ROTI MILO



 Entah mimpi apa tiba2 teringin nak buat dessert sendiri..ye la..since banyak masa kat rumah kan.lepas letih mereply whatsapp dari customer..set appointment semua.. terus je google cari resepi buat puding..so..ela nak kongsilah kan resepi.. ni first time tau buat..lalala..




 PUDING ROTI MILO



Bahan-bahannya:

 1 paket agar2 tali tanpa warna
 4 keping roti gardenia *di buang kulit
8 cawan air 1/2 cawan gula
 1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur 1 cawan milo.


 Cara-Cara:

Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.

 Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair, roti, telur, esen vanilla dan susu pekat manis. Blend halus


Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk.

Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.

Ambil sedikit adunan dan asingkan, sementara selebih adunan tadi di masukkan milo dan kacau perlahan dengan api yang sederhana sehingga milo hancur.

Setelah itu, tuangkan berselang seli kedua-dua adunan ke dalam loyang sehingga habis dan biar sejuk.

 Simpan ke dalam peti sejuk.


 HAHAHA...sangat senang kan...excited tunggu dia keras dlm peti ais. asyiklah 5minit skali buka peti ais.anak ela makan bersuap2..kalau suka manis letaklah susu pekat tu lebih ye.tapi ela memang tak suka manis. so so je rasa..sedap plus sejuk..sangat sesuai untuk anak2..

selamat mencuba uols....:-)

No comments:

Post a Comment