Wednesday, 21 May 2014

GIRLFRIEND YANG TAAT

Nowadays...memandangkan perempuan lebih ramai daripada lelaki bukan bermakna perempuan tu kena ikot punggung (word sopan sikit) lelaki tu. As a women, kita ada maruah diri. jangan tunjukkan yang kita yang terkejar-kejarkan dia. kalau dah ber'title' SUAMI lainlah kan.. itu syurga kita..

terpanggil nak share entry dari blogger femes Hanis Zalikha. memang sokong 200% with her (the rest nasi tambah).

Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself

So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.

But the worst thing is kalau boyfriend tu macam parasit ambil kesempatan atas kesenangan kita. contohnya pergi makan "babe..u bayar k. i belum gaji. sayang u ketat-ketat" sekali sekala mungkin dimaafkan. yelah.. give and take kan. tapi kalau dah madang hari-hari kena payung terdetik juga dalam hati " apa function ek ada boyfriend?" ("ek" tak tinggal..orang johorlah katakan..). itu namanya TAAT ke? manalah sifat GENTLEMAN seorang lelaki ye?  tapi ingat jangan macam kat bawah ni. jual mahal tak bertempat.hahaha..


balik pada cerita kita ye, Based on my experience yang dulunya zaman remaja sangat playgirl ni (boyfriend tak terbilang), memang prinsip TIDAK AKAN KELUARKAN DUIT UNTUK LELAKI. jual mahal memang kena letak tempat pertama. sebab mak kata lelaki pantang kalau kita bagi muka. betul juga kata mak. yela..dia bukan suami kita pon. kalau nak tengok dia ikhlas nak kawan dengan kita mestilah sanggup berkorban untuk kita dan memenangi hati kita. mak kata sebelum kahwin kalau dia dah pandai perkotak-katikkan kita apatah lagi selepas kahwin. betol kata mak..

And now depan mata ni dah banyak tengok perempuan dimanipulasikan dan dipergunakan sewenang-wenangnya oleh lelaki. I tak cakaplah semua lelaki sama tapi kebanyakkannya macam tu. Dah jumpa orang macam-macam dah. Berkawan memang tak kira usia jadi pengalaman mereka tu I jadikan pengajaran untuk diri sendiri.

Hidup kita ni sekali je kat dunia ni. Mungkin ada yang tak setuju tapi seriously as a WOMEN, kita berhak dilayan sebaik-baiknya. Dalam Al-Quran sendiri mengatakan perkara paling cantik di dunia ni WANITA. sayangi...dibelai dan dipimpin sebaik-baiknya.. 

JUAL MAHAL tak salah tapi jangan melebih-lebih pula..berpada-pada.. Kita sendiri boleh nampak what types of our boyfriend kan..

nak bercinta pon berpada-pada juga..jangan kerana cinta, kita hilang hormat pada mak ayah dan derhaka pada agama.. cinta suami dan isteri adalah yang paling suci tetapi jangan lupa Cinta yang kekal hanya kepada ALLAH.. Semoga kita sama-sama muhasabah diri dan berhijrah..



with love
Eila 0107074662

No comments:

Post a Comment