Wednesday, 14 May 2014

HAPPY MOTHERS DAY!

Photo: Happy mothers day!!!

Happy Mother's Day!

Lambat pulak rasanya mengupdated mothers day kan. kepada ibu-ibu, Mak ela, mak mentua dan termasuklah ela sendiri. 

Tak terbalas segala pengorbanan mereka yang berpenat lelah menghempas pulas mencari rezeki untuk membesarkan kita

this year ela sambut awal sehari memandangkan esoknya dah ada appointment. jadi utamakan mak dulu.hehe
Photo: Dah sampai kampung halamanku tersayang...

balik kampung pon dah petang sangat. dapatlah spend time 4 jam kat kampung. kalau boleh memang nak rest 3-4 hari tapi banyak lagi urusan yang kena selesaikan so terpaksalah balik.uhuk..uhuk...

Photo: Selamat hari ibu mak..anugerah terindah di dunia ini. Tiada apa yang dapat membalas segala pengorbanan mak. Perit maung yang mak lalui untuk membesarkan anak2. Love u mak!! Love u so much!! #mak#syurga#hariibu#cinta#polo#hadiahhariibu

takyah duk leceh terus je bagi mak hadiah hari ibu yang tak seberapa ni. mak kata "wah!! boleh lah mak eksen (translate dia ialah show off.hehe) nak pergi jemputan kahwin nanti"

seronok tengok muka happy mak. belanja sekali makanan kegemaran mak (tu pon dari restoran kami). hahhaha

*boleh follow instagram restoran kami @restorandharmoni

Photo: Mee rebus tulang is available too.. #meerebus#makanan#sajianlestari#jalanjalancarimakan#johor#malaysia
Photo: Mee bandung muar.. kami bukan guna pes yang dah siap ye. Tapi original pes buatan sendiri yang udang diimport dari muar tempat kelahiran big boss restoran ini. Jom singgah #sajianlestari#johor#malaysia
mak memang suka sangat makan mee bandung walaupon bila lepas makan mulakan menggaru hidung dan muka sebab alergik udang kering. makan tetap makan..adaku kisah..

tapi yang seronoknya ela dapat ni...

Photo: Pulang berkerja jam begini.. perot berkeroncong. Late dinner everyday..

My first prada in the house!!!

tq hunny bunny syurgaku sebab belanja saya yee...

tapi jauh disudut hati rasa sedih bercampur bangga sebab dalam bulan yang sama ni lah anakandaku Irfan Darwisy telah meninggalkan kami. 13 May 2013 tarikh kelahirannya

19 May 2013 arwah pergi menghadap illahi...

tapi ela berasa bangga kerana melahirkan ahli syurga, insyaallah..dapat memberi syafaat kepada ela dan suami..

apa-apa pon janganlah sesekali kita lupa dan lalai dengan tanggungjawab kepada ibu. tanpa mereka tiadalah kita di muka bumi Allah ini.




Ayah Dan Ibu 

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


i love u mak!!



with love
rzillahari 0107074662



No comments:

Post a Comment