Wednesday, 7 January 2015

FJGLOW VS FYNN JAMAL



Ada sesiapa yang masih tak kenal dengan si pemuitis dan penyanyi ni. Apa kaitan Fynn Jamal dengan FJGLOW?

Ela bagi korang layan dulu gambar2 lethop Fynn Jamal okies..




Kali pertama Ela mendengar lagu ini sudah jatuh hati. Dengan melodi yang mendayu beserta lirik-lirik yang puitis, Ela terbuai menikmati karya indah ini. Lagu ini sarat dengan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Kasihnya tulus dari hati dan disampaikan dengan cukup baik oleh Fynn Jamal. Menerusi lagu Arjuna Beta, Fynn Jamal telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2014 yang diadakan di Singapura baru-baru ini. Melihat kepada bait-bait lirik yang menghiasi lagu ini, ia merupakan satu luahan rasa seorang ibu terhadap anak kecilnya beserta pesanan-pesanan indah yang penuh dengan kasih sayang. Difahamkan, lagu Arjuna Beta ini diciptakan khas oleh Fynn Jamal untuk anaknya, Bakti Arjuna Fitri.

Apabila lagu ini dicipta, Ela dapat merasakan yang Fynn Jamal ingin berkongsi rasa dengan seluruh rakyat Malaysia. Nilai kasih seorang ibu kepada anaknya ini sedikit sebanyak mendidik kita untuk menghargai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Ia juga mengajar kita untuk lebih menghargai ibu bapa yang tidak pernah berhenti mendoakan kita. Ela mempunyai harapan agar lagu indah ini diangkat ke Anugerah Juara lagu. Pengiktirafan buat karya positif ini mampu mengangkat nilai dan mesej positif yang ingin disampaikan dalam lagu ini. Ia juga mampu menjadi pencetus kepada kemunculan lagu-lagu seumpama ini dalam industri muzik Malaysia di masa hadapan. Lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal akan berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 dan diharapkan agar lagu ini berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu yang akan diadakan pada Januari 2015.

DANNNN.....

Ada yang tanya FJGLOW ni Fynn Jamal ke foundernye.. bukan ye anak-anak...

TETAPI...

FYNN JAMAL PENGGUNANYA!!




puisi khas untuk FYNN JAMAL

Dalam sayang timbul cinta
Rindu bertamu kala berdua
Arjuna beta dodoian dunia
Persis bondamu duhai anakanda

Indah wanita tidak terperi
Cantik dalam lagi berseri
Kali kedua Fj Glow diberi
Idaman kalbu wanita hari ini

Cinta si dayang bawa beradu
Rindu laksamana akhir bersatu
Terima kasih sokongan padu



with LOve

Rzillah 010-7074662

No comments:

Post a Comment