Monday 13 October 2014

JAUHI PENYAKIT BUSUK HATI..


Manusia busuk hati ada dimana-mana, kalau boleh kita langsung tidak mahu mendekati mereka, bimbang dan takut kalau-kalau kita pula bakal menjadi mangsa kebusukan hatinya. Namun ada juga yang suka mendampingi mereka, tidak diketahui sama'ada akalnya pendek dan terlalu naif atau ada agenda tersembunyi, hanya Allah yang tahu.

Ada orang cakap, "Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah kita nak hidu." dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal manusia berhati busuk adalah amat sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil.

Ada pendapat mengaitkan busuk hati dengan perasaan cemburu dan hasad dengki, ya memang benar, manusia busuk hati memang mudah berasa cemburu, cemburu dalam aspek negatif, ada cemburu yang positif di mana ia membuatkan seseorang itu berusaha lebih gigih untuk menjadi lebih baik daripada insan yang dicemburuinya.

Cemburu manusia busuk hati menjurus kepada sifat hasad dengki dan seterusnya membawa kepada perbuatan khianat, perbuatan khianat pula ada pelbagai jenis, dari fitnah, sabotaj, mengadu domba, melaga-lagakan orang dan banyak lagi cabang perbuatan khianat. Sebutkan saja apa jenisnya, manusia-manusia yang busuk hatinya sanggup lakukan apa sahaja asal hatinya puas melihat orang lain susah, diaibkan, kerugian, ditimpa kecelakaan atau kemalangan.

Mengenal manusia busuk hati tidaklah sesukar mana, berdasarkan sedikit pengalaman hidup dan sedikit kajian kita boleh mengenali atau mengesan adakah seseorang itu berhati busuk atau tidak.
Antara cara paling senang nak kenal manusia busuk hati adalah dari cara pergaulan dan komunikasi mereka, kalau berbicara mereka lebih gemar berbicara tentang orang lain, si fulan itu, si anu ini, bicara tentang keburukan, kelemahan dan keaiban si fulan dan mempersendakan orang lain. Pantang nampak orang yang didengkinya, mula keluar cerita dari A sampai Z. Senang bahasa kita cakap MENGUMPAT dan MENGATA.
Orang lain rajin bekerja, kita kata mereka nak menunjuk-nunjuk, nak bodek bos, kalau nampak orang lain beli kereta baru, rumah baru, kita tidak akan dengar mereka cakap "Untung si fulan, Allah bagi rezeki kat dia, bila la turn aku pulak nak dapat rezeki macam dia..." tapi yang akan kita dengar mungkin "Si fulan tu baru tukar kereta, Honda pulak tu, pangkat sama dengan aku je tapi mampu pakai Honda, tu tak de lain, kalo tak jual tanah pusaka, menang nombor ekor entah-entah jual dadah...."
Sekiranya uols mengenali mana-mana individu sebegini, eloklah berhati-hati berkawan dengan mereka, cuba pikir, hari ini mereka mengata orang lain, esok lusa apa yang akan menghalang mereka dari mengata dan mengeji diri uols pula? 
Kalau uols sendiri memiliki sikap suka MENGUMPAT dan MENGATA orang dalam proses komunikasi harian, eloklah cari penawar hati dengan segera, cuba ubah sikap sedikit demi sedikit, banyak lagi topik perbualan yang boleh kita borakkan bersama rakan-rakan selain dari bercakap tentang orang lain.
Manusia busuk hati lebih percaya kepada perkara-perkara syirik, tahyul dan khurafat dari percaya kepada Allah. Percaya kepada bomoh atau popular masa kini ramai orang panggil 'mandrum'. Berani saya katakan, mereka amat memerlukan bomoh dalam hidup mereka, dalam keluarga mesti ada bomoh yang bertangungjawab dalam melindungi diri mereka dan keluarga mereka dan juga untuk tujuan membuat khianat atau membalas dendam. Ya memang ada bomoh hebat yang boleh santau orang, buat orang kena penyakit ganjil dan macam-macam lagi, nak tau kenapa mereka hebat? Sebab syaitan tolong jayakan usaha khianat mereka. Sejarah telah mengatakan yang syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan mereka dan salah satu salurannya ialah melalui kepecayaan manusia terhadap perkara-perkara syirik, tahyul dan khurafat seperti ini.
Andai kata manusia-manusia busuk hati ini ditimpa sakit atau bencana, dalam pemikiran mereka tidak ada benda lain, "Ni mesti si anu yang buat khianat..." nak tahu kenapa, kerena manusia busuk hati meletakkan imej mereka sendiri pada diri orang lain, selain dari percaya sesuatu yang berlaku itu dugaan dari Allah, mereka lebih suka memikirkan ia adalah perbuatan khianat orang lain sebab itu yang akan mereka lakukan kepada orang lain. Dah tentulah, sudah pasti manusia-manusia busuk hati ini akan melakukan perbuatan khianat terhadap orang yang didengkinya dan sekiranya mereka pula menimpa musibah, mereka akan menyangka ada orang berdendam dengan mereka walhal ia adalah dugaan dari Allah.
Ingatlah, doa insan teraniaya itu mudah dimakbulkan Allah. Kita buat khianat terhadap seseorang, kita sabotaj mereka, dan bilamana mereka menimpa musibah dari apa yang kita lakukan, maka mereka dikategorikan sebagai insan yang teraniaya. Andai terdetik di hatinya yang merasakan mungkin ada orang membuat khianat terhadapnya, lalu mereka mengerjakan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dan doanya dimakbulkan. 

Manusia busuk hati tidak akan terfikirkan akan kemungkinan ini, mereka hanya fikir "Ini mesti kerja dia sebab nak balas dendam dengan aku..."
Manusia busuk hati selalu takut dan tertipu dengan bayang-bayang sendiri, lebih-lebih lagi kalau mereka banyak buat khianat kepada orang lain.
 Contoh ringkas, kereta anda calar dan ia dicalarkan oleh manusia yang busuk hati kepada anda, paling teruk pun anda merungut " Tak guna betul, ni mesti budak-budak nakal calarkan keta aku, teruk betul la diorang ni...." dan dengan izin Allah 2-3 hari lepas tu kereta orang yang busuk hati kepada anda pula dicalarkan, cuma kali ni keretanya betul-betul dicalarkan oleh budak-budak nakal, apa yang akan keluar dari mulut mereka " Ini mesti kerja si fulan ni sebab hari tu aku calarkan kereta dia....". Nah, sekarang anda nampak tak maksud saya yang manusia busuk hati ni selalu takut dan tertipu dengan bayang sendiri. Bila hati dah busuk, fikiran dan mental pun akan rosak dan gagal berfikiran positif, hidup siang malam tak tenang, takut ada orang nak balas dendam, sebab tu saya katakan, manusia busuk hati amat-amat memerlukan bomoh untuk melindungi diri mereka, ahli keluarga dan harta benda tanpa mereka sedar yang mereka syaitan sedang mentertawakan mereka.
Manusia busuk hati mempunyai banyak idea untuk membuat khianat, kadang-kadang secara spontan mereka boleh fikirkan cara tak perlu perancangan teliti. Peralatan untuk membuat khianat sentiasa dibawa kemana-mana dan ada di mana-mana, paling ringkas mereka boleh isi batu kecil ke dalam penutup tiub tayar motor/kereta untuk buat khianat. Maka bila mangsa perbuatan khianat mereka dalam perjalan pulang, motor/kereta akan pancit dan berjayalah misi manusia busuk hati itu. Nak buat macam mana lagi, dalam kepala asyik nak dengki dengan orang saja. Tak boleh tengok orang senang sikit, tak boleh tengok orang lebih sikit.
Kalau kita buat banyak pemerhatian dan kajian, tambahan pula ada pengalaman menjadi mangsa atau mungkin uols sendiri pernah menjadi manusia busuk hati, mungkin banyak lagi ciri-ciri yang boleh kita nampak pada manusia-manusia busuk hati ini. Tak kira dari pelbagai bangsa dan agama. Tak kira di mana-mana, di rumah atau di tempat kerja, mereka ini wujud, cuma kita sedar atau tidak sahaja


AWAS!!

mereka boleh menikam dari belakang dan pandai bermuka-muka, perhatikan di sekeliling anda dari jiran tetangga hingga rakan sekerja, jika ada ciri-ciri manusia busuk hati pada mereka, cubalah bantu mereka merawat hatinya, tapi anda perlu banyak bersabar dan bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan kerana seperti sedia maklum, manusia busuk hati suka membuat khianat.


Perlu diingat juga, mereka pandai bersoaljawab walaupun terhadap perkara-perkara kebaikan, mereka juga suka memandang rendah, memperlekeh pandangan dan nasihat orang lain, mungkin uols pernah terbaca artikel
"Kalau Allah itu Maha Baik, Mengapa buat Neraka?"
Kalau uols tidak bersedia untuk membantu mereka, jauhkan diri dari mereka, tapi dengan cara yang sopan dan lembut. Kalau uols sendiri adalah manusia busuk hati, carilah penawarnya, rawatlah hati uols. Banyakkan berdoa kepada Allah, banyakkan mendengar ceramah agama dan muhasabahlah diri uols

wallahuallam..

No comments:

Post a Comment